Sunday, December 19, 2010

Ini tahun kedua di UIA. Tahun kedua maksudnya bukan junior lagi, tapi senior muda mungkin.
Usia bertambah, credit hour bertambah, kerja bertambah, tanggungjawab & amanah pun bertambah.

Saya bajet dan berharap saya semakin matang dalam mengharungi sem ini dan sepanjang tahun hadapan. Boleh bezakan antara keperluan dan kehendak, serta beri keutamaan pada yang lebih berhak.

Oleh itu, saya berharap ada seketul hati yang kental.
Kental, tapi bukan dari besi yang karat bila kena air & oksigen *eh, betul ke*
Bukan juga dari air yang lembut namun sangat cepat berbolak-balik & berkocak
Apatah lagi dari api. Berkobar-kobar, tapi berbahaya jika overdose.

Saya cuma berharap ada seketul hati yang kental
yang dijadikan Allah dengan seadanya
dan menjadi amanah saya untuk menjinak dan memeliharanya

Monday, November 29, 2010

JIRIM kembali!

Anda berusia 15-17 tahun?
Bukan?
Abang kakak anda dalam form 3-form 5?
Bukan juga?
Ha..anak-anak anda dalam lingkungan umur tersebut?

Tak kisahlah siapa pun, samada anda, mahupun orang sekeliling anda;

ANDALAH ORANG YANG KAMI CARI

untuk menyertai...*jeng-jeng-jeng*


JIRIM!
*Jambori Remaja Muslim Nasional*


Tarikh: 24-26 Disember 2010
Tempat: Nur Lembah Bestari, Ulu Yam, Selangor
Yuran: RM 100


Sepanjang 3 hari dua malam adik-adik disediakan dengan pelbagai aktivit menarik seperti:

  • Islamic War Game
  • permainan Amoeba
  • kembara Al-Quran
  • cantuman murni
....dan banyak lagi. Bunyi seronok kan?
Meh daftarkan diri!

Hubungi: saudara Nukman (013-4061691)
saudari Adibah (019-4552688)

atau

online: JIRIM 2



Manfaatkan cuti adik-adik dengan aktiviti 3 hari 2 malam yang bermanfaat dan menguji ketahanan FIZIKAL, MENTAL & ROHANI!!


Jadi, apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang!

Oh. Maklumat lanjut silalah lungsuri : http://www.jirim.net/

Jumpa anda di sana! :)


p/s: walaupun umur dah terlebih, saya tetap teruja!



Sunday, September 5, 2010

Kalau blog ini adalah ladang epal
pasti epal-epalnya sudah busuk, bergolek-golek sana sini
ulat epal bersyukur, kaya dengan hasil

Kalau blog ini adalah padang hijau
pasti rumputnya sudah panjang, hampir menjulang langit
jadi kawasan lepak, mesyuarat tergempar buat kumbang cengkerik & kawan-kawan

Kalau blog ini adalah rumah
pasti habuknya makin menebal, menjadi gumpalan-gumpalan yang jelas
macam ulat bulu kelabu yang kaku

Kalau blog ini adalah susu segar
pasti bukan lagi dalam bentuk cecair, tapi mungkin juga pepejal
dicampur bau-bau yang kurang menyenangkan

Tapi semua ini tak terjadi
walaupun ditinggalkan 100 hari lagi
sebab blog ini tetap akan menjadi blog
yang tiada perubahan bau, warna dan rasa.

Seronok kan? Bolehlah biarkan blog ni lumpuh lagi

Terima kasih kerana membaca

Saturday, July 17, 2010

:: 4 Syaaban....countdown for ramadhan kareem :)
:: asiah al-hadid
:: 2103 hours

Bila dunia rasa menghimpit dada.
Bila urusan harian rasa menyesakkan nafas.
Bila seisi alam macam hanya dapat pandang dan berkata, ye?

Maka orang mula monolog,
kenapa aku?
kenapa susah sangat jalan aku?

Allah ni tak adil dah ke? mana silap aku sampai ni yang aku dapat?
apsal doa tak lagi makbul ni?
i deserve better! dunia tak adil! wuwuwuw *esakan*
siapa yang boleh selesaikan semua ni? please lah!


Biasalah, mulut dan hati selalu lemah kawalan bila dalam kesukaran.
Membebel, merungut, cakap yang tidak-tidak. Hati pula cepat bersangka buruk pada semua, termasuk Allah, Yang Maha Mengetahui segala. Tiba-tiba mata pula berair-air tak berhenti, tak terkecuali hidung.

Heh. Apa-apa aja. Janganlah begitu. Kita bukan hidup tak betuhanlah!
Sayang Allah pada hamba-Nya, lebih luas dari langit biru
kasih Allah pada hamba-Nya, laaaaagi dalam dari tujuh lautan
lebih-lebih lagi pada hamba yang beriman dengan-Nya.

Kan kita hidup bertuhan? Tak ke?
Senyumlah. Allah tak tinggalkan manusia di dunia tanpa apa-apa.
Ada Quran dan Sunnah sebagai panduan. Dah lupa eh?

Firman Allah yang bermaksud:

"Adapun manusia apabila Tuhannya menguji lalu memuliakan-Nya dan diberiNya kesenangan, maka ia berkata: ”Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata: Tuhanku menghinaku.” (Al-Fajr: 15-16)


See? Kan dah dosa kering sangka buruk dengan Allah.
Sabarlah..

Asyik sibuk hitung ujian yang Allah beri,
cuba kira berapa banyak nikmat yang dah dapat.
Kan infiniti tu?

Dah. Dah. Kesatlah air mata tu ha.
Buruk benar rupanya.
Sila hadapi hari dengan tenang okay!
Jangan lari dari masalah.
Daripada lari tang tu, baik main lari-lari kat KLIKK esok kan? Jom!!


heh. tiba-tiba promote. apa-apa pun, jumpa di sanaaaaa!



p/s: bersungguh berdoa, moga timbaan ilmu sepanjang sem ini diberkati. amiiin :)

Sunday, July 4, 2010

hitam si biri

Dear black sheep,

Sihat? Dah makan? Rasanya baru semalam saya kasi makanan, kan?
Sedap tak? Makanan kuning tu murah sikit, saya kurang bajet semalam.
Maaf ya biri hitam.

Biri hitam,
saya minta maaf kerana tak berjaya mengembala anda dengan sebaiknya.
Anda gemuk, sedikit berdebu. Tapi anda tetap wangi. Saya suka itu.
Tapi malangnya saya tak sengaja membuatkan kaki kiri anda tempang.
Maaf! Saya memang tak sengaja. Jangan nangis ya biri hitam?
Tak macho.

Black sheep,
janganlah ditanya kenapa hari ni anda tempang. Kenapa tak setahun kemudian?
janganlah ditanya kenapa tempang ketika saya yang gembala. Kenapa tak sms mak/ayah gembala?
janganlah lagi tanya bagaimana anda boleh tempang. Itu memang khilaf saya. Maafkan saya..

Tapi anda harus bersyukur. Saya pun bersyukur
Sekurang-kurangnya anda hanya tempang. Masih ada di dunia ini.
Sekurang-kurangnya ia menjadi pengajaran buat saya. Moga saya lebih cermat kelak.
Sekurang-kurangnya saya selamat. Anda tak sayangkan sayakah?
Kos rawatan pun tak berapa mahal.
Terima kasih kepada pengembala-pengembala yang lebih pakar.
Biri hitam, jangan benci saya okay? Saya pengembala amatur.
Maafkan saya..

Senyumlah biri hitam! Allah hanya timpakan sedikit musibah.
Kan masih lagi tersisa lautan kasih-Nya?
Mungkin tadi kita sama-sama terlupa untuk mengingati Allah..

Nampaknya mulai sekarang saya harus berkabung kerana ketempangan anda.
Kita jumpa lepas 6 hari okay? Eh, tak boleh. Saya sudah ke Gombak waktu itu.
Jadi, kita jumpa semula masa Ramadhan ya? Lamanyaaa...
Harap pada waktu itu anda masih gemuk, wangi dan lebih bersih.
Kita sama-sama cari redha Allah dan memanfaatkan orang ya? Anda haru kuat, saya harus cermat!


yang benar,
pengembala amaturmu